Tuesday, March 10, 2009

Penggunaan Bahasa Inggeris

Manusia dijadikan berbagai suku-bangsa, bentuk badan dan dengan paras rupa yang berbeda beda. Itu lah kekuasaan Yang Maha Mencipta. Surah AlHujurat: 13 (AlQuraan) telah menjelaskan tentang perkara ini. Maka ini bermakna kita perlu mempelajari beberapa bahasa untuk kita saling berkomunikasi antara satu dengan yg lain. Hakikat ini dilihat dari surut perkembangan teknologi maklumat masa kini menambahkan perlunya kita menguasai lebih dari hanya satu bahasa - apatah lagi jika bahasa itu diiktiraf sebagai bahasa yg digunakan secara meluas dikalangan penduduk dunia.

Bila dijelang kembali ke tahun tahun  pra 1957, tidak susah difahami mengapa penggunaan Bahasa Inggeris memang meluas di negara kita - ianya adalah satu faktor sejarah. Namun dengan berlalunya masa serta pengaruh faktor sosial dan lain lain perkembangan tamaddun setempat, seperti perasaan kebangsaan, tumpuan kepada penggunaan Bahasa Inggeris berubah mengikut suasana sosial pada sesuatu ketika. Dengan lanskap kemajuan fizikal  dan sosio-budaya yg haus kepada tanda pengenalan sebagai sebuah negara, kita telah memberi penekanan kepada penggunaan Bahasa Melayu. Berikutan dgn itu secara tidak disedari kita telah keruang memberi tumpuan kepada penguasaan Bahasa Inggeris - pada dasar nya. Namun kesan dari situ ialah terlahirnya generasi 'baru' - khususnya dikalangan orang Melayu, yang tidak lagi fasih dalam Bahasa Inggeris. Ini dapat dilihat dari adanya penjawat penjawat awam terutamanya yg menguasai Bahasa Inggeris hanya pada tahap yg minimum - sehingga ada yg menolak tawaran hadir ke seminar di luar negara hanya dgn alasan 'tak pandai orang putih'!

Kita adalah sebuah negara kecil dalam peta dunia. Namun kecil besar itu bukan ukuran tahap upaya kegemilangan sesebuah negara. Rakyatnye yang berdaya mengeluarkan pelbagai perkhidmatan dan barangan yang memenuhi keperluan makhluk sejagat, yang akan melonjakkan nama negara ke persada dunia. Tidak dapat dinafikan untuk mencapai tahap kegemilangan seperti itu rakyat kita perlu menguasai lebih dari satu bahasa. Bahasa Inggeris adalah satu darinya. Namun, penggunaan Bahasa Melayu wajib dimartabatkan - ini lambang kedaulatan kita sebagai satu bangsa - Bangsa Malaysia.

No comments: