Tuesday, March 10, 2009

Penggunaan Bahasa Inggeris

Manusia dijadikan berbagai suku-bangsa, bentuk badan dan dengan paras rupa yang berbeda beda. Itu lah kekuasaan Yang Maha Mencipta. Surah AlHujurat: 13 (AlQuraan) telah menjelaskan tentang perkara ini. Maka ini bermakna kita perlu mempelajari beberapa bahasa untuk kita saling berkomunikasi antara satu dengan yg lain. Hakikat ini dilihat dari surut perkembangan teknologi maklumat masa kini menambahkan perlunya kita menguasai lebih dari hanya satu bahasa - apatah lagi jika bahasa itu diiktiraf sebagai bahasa yg digunakan secara meluas dikalangan penduduk dunia.

Bila dijelang kembali ke tahun tahun  pra 1957, tidak susah difahami mengapa penggunaan Bahasa Inggeris memang meluas di negara kita - ianya adalah satu faktor sejarah. Namun dengan berlalunya masa serta pengaruh faktor sosial dan lain lain perkembangan tamaddun setempat, seperti perasaan kebangsaan, tumpuan kepada penggunaan Bahasa Inggeris berubah mengikut suasana sosial pada sesuatu ketika. Dengan lanskap kemajuan fizikal  dan sosio-budaya yg haus kepada tanda pengenalan sebagai sebuah negara, kita telah memberi penekanan kepada penggunaan Bahasa Melayu. Berikutan dgn itu secara tidak disedari kita telah keruang memberi tumpuan kepada penguasaan Bahasa Inggeris - pada dasar nya. Namun kesan dari situ ialah terlahirnya generasi 'baru' - khususnya dikalangan orang Melayu, yang tidak lagi fasih dalam Bahasa Inggeris. Ini dapat dilihat dari adanya penjawat penjawat awam terutamanya yg menguasai Bahasa Inggeris hanya pada tahap yg minimum - sehingga ada yg menolak tawaran hadir ke seminar di luar negara hanya dgn alasan 'tak pandai orang putih'!

Kita adalah sebuah negara kecil dalam peta dunia. Namun kecil besar itu bukan ukuran tahap upaya kegemilangan sesebuah negara. Rakyatnye yang berdaya mengeluarkan pelbagai perkhidmatan dan barangan yang memenuhi keperluan makhluk sejagat, yang akan melonjakkan nama negara ke persada dunia. Tidak dapat dinafikan untuk mencapai tahap kegemilangan seperti itu rakyat kita perlu menguasai lebih dari satu bahasa. Bahasa Inggeris adalah satu darinya. Namun, penggunaan Bahasa Melayu wajib dimartabatkan - ini lambang kedaulatan kita sebagai satu bangsa - Bangsa Malaysia.

Monday, March 2, 2009

Sports info on the radio

Just a curious tingling in my head.....do you really switch to your radio for sports news?? As far as I am concerned when in my car I prefer to have soothing music, and probably traffic report! Perhaps to be fair to sports fans there SHOULD be a radio station devoted to everything sports. Why not ? There's already BERNAMA radio for a 24 hour news.  What say you?

Kaya tu maknanye senang?

Mari firikkan bersama, boleh ker senang tapi tak kaya?

Diploma, Degree Makan gaji atau??

Bukan le sekeping diploma tu yg penting sangat, its your level of thinking that comes with it. Tp dlm dunia sekarang anda tidak ada masa unt mendapat kematangan pemikiran secara "live" - maksud saya kalu anda boleh spend 3 tahun di mna mna IPT, dan cari ilmu disitu anda akan lebih prepared unt hadapi cabaran hidup di dunia. 

Kalu mampu meneruskan ke peringkat degree lagi baik. Awas! selepas dapat kelulusan dari IPT buka lah minda anda - jangan semata mengharapkan "makan gaji". Nothing wrong dgn nak makan gaji - tp cuba fikirkan berapa banyak sangat pekerjaan yg ada? Bandingkan bilangan lulusan semua IPT setiap tahun! Disini sebenarnya ujian samada anda dapat menggunakan diploma/degree anda - gunakan creativiti anda unt create pendaptan untuk anda. Make yourself 'useful' unt beri perkhidmatan kepada pelanggan anda. Bercakap lah dgn mana mana orang makan gaji - anda akan dapt hint yg mereka perlukan sesuatu perkhidmatan samada sebagai seorang individu mahupun sebagai seseorang yg memegang sesuatu jawatan. Pledge to yourself to give them your best level of service - there you akn dapat rewards yg tidak pernah anda terfikir!!

Saturday, November 22, 2008

Will tertiary education impact your future?/ Apakah pendidikan tinggi memberi impak pada masa depan anda?

Setiap tahun ratusan ribu pelajar meninggalkan persekolahan selepas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dijangkakan pada tahun 2010 seramai lebih 516,000 pelajar lagi akan meninggalkan sekolah. Bilangan ini adalah lanjutan bilangan pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun 2008. Statistik ini akan bertambah tahun demi tahun dengan perkembangan bilangan penduduk negara.

Tanggung jawab kerajaan dalam menyediakan peluang pendidikan tinggi semenjak beberapa tahun lalu, semenjak akhir akhir ini, dipikul bersama oleh pihak swasta. Ada antara pihak pihak swasta itu melabur beratus juta Ringgit Malaysia untuk menyokong cita cita murni kerajaan.

Kalu anda ingin tahu lebih lanjut kita boleh berinteraksi via blog ini.